ANGGERIK DURI

Thursday, November 4, 2010

Sinar untuk BN, Adakah pengundi semakin Bijak Menilai????

Salam dari kejauhan kerana xdapat turut serta dalam PRK kali ini... walauapapun, penulis tetap mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa...

Sesungguhnya, BN kini semakin bertapak di Kelantan.. Alhamdulillah, sesungguhnya benarlah kata pepatah selagi ada daya selagi itulah mesti berusaha.... Bila kita menyulusuri laluan sukar dlm PRU yang lepas, jatuh tersungkur... Kemuadian bangun dan mendekati semula rakyat... akhirnya kejayaan dalam tangan kita.. kuasa rakyat telah bergema... Episod kegembiraan baru buat BN kerana hari ke sehari makin mendapat kepercayaan rakyat...

Bagi penulis, kemenangan di Galas lebih bermakna dari Batu Sapi... Kerana, penulis mmg yakin benar kerusi di BAtu Sapi mmg untuk BN. Tapi, ini bukan bermakna penulis tidak yakin dengan BN di Galas... Tetapi kemenangan di GAlas adalah besar pengertiannya bagi penulis.... Lebih manis untuk dikenang.... Rupanya tetap ada ruang di Kelantan buat BN..

Buat YB2 yang telah diberi mandat, berkorbanlah untuk rakyat... berjuanglah demi mereka... sesungguhnya kemenangan ini bukan penamat perjuangan tetapi merupakan epison permulaan sebuah perjuangan... Buatlah sebanyak jasa dan pengorbanan kepada mereka yang percaya dan memangkah anda2 dalam PRK kali ini...

Kemenangan ini milik Rakyat.... Milik Rakyat....

Perjuangan belum selesai... teruskan lah....


Sampai bertemu,
Anggerik Duri..